Monday, 25 April 2016

CERPEN : Cinta Bebas


Cerpen : Cinta bebas



Aku bangun dari katilku yang empuk seperti biasa.  Aku rasa longlai.  Lelah.  Namun, aku gagahkan juga tubuh badan aku untuk melawan semua sifat-sifat malas yang menjadi lumrah kepada setiap manusia di planet Tokido ini.  Angin diwaktu itu mendayu-dayu disetiap rongga badan aku.  Terasa dingin sehingga membuat aku menggigil seakan-akan aku sedang berada di Kota Andrea yang suhunya sentiasa mencecah paras dibawah negatif.  Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi aku, semua anak didik mahaguru Xeon akan diuji dalam pelbagai rintangan untuk menjadi satria di Kota Chanculus ini.  Namun, walaupun aku anak raja, aku tetap dibebani dengan pelbagai dugaan.  Aku tidak pernah rasa kebebasan seperti burung-burung yang terbang diudara yang bebas menghirup udara segar percuma.  Aku ini cuma seorang manusia yang sentiasa dikongkong oleh ayah aku.  Aku tahu mereka semua sayang kepada aku, tapi aku juga ingin bebas dan tidak terikat dengan peraturan istana. 

Namun, dengan bantuan dayang-dayang yang bekerja dalam mengurus segala keperluanku, aku dapat berasa bebas sedikit walaupun dengan berselindung menjadi orang lain.  Aku ingin membuktikan kepada mereka bahawa aku juga boleh menjadi seorang yang tidak terlalu manja dengan gelaran yang ada pada aku, iaitu puteri Cynline.  Oleh itu, aku menyamar menjadi rakyat biasa. Dengan menjadi rakyat biasa, aku boleh menjadi seorang murid kepada mahaguru Xeon untuk melatihkan diri aku menjadi seorang yang gagah dan perkasa untuk mendapatkan darjat sebagai satria.  Aku terpaksa berbuat demikian untuk mengetahui apakah itu erti kebebasan. 

Tengahari nanti perlawanan aku akan berlangsung, aku memang sudah bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini.  Aku ingin memperlihatkan kebolehanku sebagai darah muda yang berani dan kuat kepada ayahku.  Aku ingin ayahku menghargai bakat yang terpendam pada diri aku ini.  Aku sering curi-curi berlatih memanah sejak aku berumur 5 tahun.  Ibu aku dan Carlosi, iaitu pegawai bawahan ibu sahaja yang mengetahui minat aku ini.  Aku memang rindukan kasih sayang seorang ayah, seorang ayah yang sentiasa memberi aku semangat dan kekuatan.  Tapi, semenjak ibu aku iaitu permaisuri Chanculus mangkat, emosi ayah menjadi tidak keruan. 

Ibu dibunuh didepan mata ayah ketika majlis hari jadi aku yang ke-13 tahun.  Mungkin ayah tidak dapat menerima pemergian insan yang sangat dia cintai.  Sejak itu, ayah sering memarahi orang-orang bawahannya dan termasuklah aku.  Mata aku tidak pernah lagi melihat keriangan pada wajah ayah, yang aku cuma dapat lihat kebengisan pada wajahnya.  Mungkin ayah takut kehilangan aku yang merupakan satu-satunya puteri tunggal Raja Chanculus.  Namun, ayah tidak pernah memberi kasih sayang lagi sehinggakan aku rasa kosong berada dalam istana ini.  Ayah juga tidak membenarkan sesiapa datang mendekati aku kecuali dayang-dayang yang sentiasa menjaga aku dari kecil.  Aku rasa sunyi, tertekan dan marah.  Jiwa aku meronta-ronta ingin bebas dari penjara, namun ayah menjadi pemegang kunci pada kebebasan aku. 

“Syen!”, aku terkejut nama aku dipanggil. 

Nama yang aku gunakan untuk identiti aku yang lain.  Rakan aku Ray memanggil aku yang sedang mengelamun dalam ruang arena yang sedang berdepan dengan pihak lawan.  Ray merupakan seorang yang anak yatim piatu dan dan juga anak didik Mahaguru Xeon.  Kami menjadi sahabat apabila Ray membantu aku ketika aku sedang berlawan dengan kematian.  Jika Ray tidak membantu aku, aku mungkin telah menjadi santapan lazat kepada harimau ketika sedang berburu dihutan.  Namun, Ray tidak mengetahui bahawa aku merupakan puteri Chanculus.  Kami tetap bersahabatan sehingga sekarang tanpa dia mengetahui identiti aku yang sebenar. 

“Cyn”, aku tersedar lagi dari mengelamun. 

Ayah memanggil aku dari luar kamar.  Sekian lama ayah tidak pernah memanggil aku dengan nada demikian.  Aku takut ayah tahu akan perbuatan aku dibelakangnya.  Aku takut segalnya terbongkar dan memarahi aku.  Aku takut ayah lebih tegas dan mengongkong aku dengan lebih keras lagi. 

“Err... Eya ayah...Ada apa panggil Cyn awal pagi ni?”,

Nada aku yang sedikit gentar membuatkan aku risau untuk berdepan dengan ayah.   Aku takut ayah tambah curiga terhadap aku.

“Cyn, temankan ayah sarapan.  Cepat kamu bersiap, ayah ada nak bincang dengan kamu”, ayah seakan memberi penegasan kepada aku. 

Di ruang makan, aku melihat air muka ayah dengan tenang.  Aku berharap ayah cuma mengajak untuk bersembang kosong sahaja.

“Cyn, kamu apa khabar? Agak lama ayah tidak berbual dengan kamu, ayah harap kamu sihat-sihat sahaja.  Maafkan kelakuan ayah selama ini kerana membiarkan kamu bersendirian selepas kematian ibu.  Ayah tidak dapat memaafkan diri ayah sendiri.  Ayah juga takut akan kehilangan kamu yang merupakan anak tunggal ayah”,

Aku tergamam seketika apabila mendengar kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut ayah.   Mungkin ayah baru perasan akan tingkah laku aku yang agak lain daripada yang sepatutnya.  Aku hanya mampu diam dan menahan sebak didada.  Aku juga menahan air mata aku mengalir kerana aku tidak mahu ayah tahu yang aku selama ini menderita disebabkan sikapnya yang tidak endahkan diri aku. 

Setelah selesai kami bersarapan, ayah mengajak aku untuk bersiar-siar ke taman.  Taman tersebut merupakan taman yang menjadi saksi aku dilahirkan kedunia Tokido.  Taman tersebut diberi nama sempena nama aku iaitu Taman Cynline.  Ketika aku berjalan ditepi ayah, aku melihat mata ayah mulai berkaca-kaca. Mata ayah seakan-akan menahan air yang berkeras untuk membasahi pipi yang selama ini dahagakan air matanya. 

“Cyn, sebenarnya ayah ingin beritahu kamu sesuatu”,  kata-kata yang aku tak duga keluar dari mulut ayah. “Anak raja Andrea iaitu Putera Thomas ingin melamar kamu menjadi teman hidupnya”.  Kedengaran klausa hampa keluar dari mulut ayah.  Aku turut terkejut, Thomas yang merupakan sahabat aku dari kecil rupanya menaruh cinta kepada diri aku. 

“Tapi ayah... Cyn..”, aku ingin memberitahu kepada ayah yang aku tidak ingin mendirikan rumah tangga sehingga aku benar-benar bersedia.  Namun, ayah tidak memperdulikan perasaan aku.  Aku tambah rasa tertekan, aku mulai rasa ayah tidak ingin menjaga dan merawat aku lagi.  Kadang-kadang aku juga terfikir jika aku ini benar-benar merupakan anak ibu dan ayah yang sebenarnya.  Pelbagai perasaan mulai bermain-main dalam otak aku.  Tapi, aku tetap dengan pendirian aku yang tidak akan sesekali mendirikan rumah tangga sehingga aku benar-benar bersedia.  Aku masih belum rasa erti kebebasan yang sebenarnya.  Jika aku kahwin kelak, aku takut aku tambah terkongkong.  Aku juga mungkin tidak dapat belajar dengan mahaguru Xeon.  Aku juga tidak dapat berlatih bersama-sama Ray yang telah aku anggap seperti saudara kandungku.  Namun, ayah tetap dengan pendiriannya.  Ayah juga telah berjanji dengan Raja Kota Andrea untuk mensetujui perkahwinan kami berdua.  Ayah tidak mahu mencalarkan dan merosakkan nama baik kota Chanculus kerana aku menolak lamaran tersebut.  Aku rasa bersalah terhadap ayah.  Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk melarikan diri ke kota besar yang lain dan memulakan hidup yang baru.  Tetapi, ayah dapat menghidu tindak-tanduk aku.  Aku gagal melarikan diri dan aku semakin dikongkong dengan lebih tegas.

“Cyn, ayah tahu kamu selalu curi-curi keluar masuk istana dengan bantuan dayang-dayang kamu.  Ayah tahu kamu juga berguru dengan mahaguru Xeon demi berlatih tentang menanah dengan lebih mendalam.  Ayah tahu kamu minat memanah dari kamu kecil lagi.  Takkan kamu lupa Cyn?  Ayah yang menempah alat-alat memanah kamu dari kota seberang.  Tapi ayah menyuruh ibu kamu merahsiakannya daripada kamu, kerana ayah tahu kamu tidak suka diberi hadiah yang terlalu mahal.  Oleh itu Cyn, ayah nak kamu berkahwin dengan Putera Andrea agar kamu dapat memahami tentang mentakbir sebuah kerajaan.  Ayah mahu kamu mengambil tempat ayah, sebab ayah menginginkan yang terbaik buat anak ayah.  Ayah tidak berniat tidak memperdulikan kamu, ayah sentiasa memasang mata-mata untuk mengawasi tingkah laku kamu.  Sebab itulah ayah tidak berapa menganggu kehidupan kamu.  Kau kenal Ray kan Cyn? Ray tu merupakan satria yang menjadi kepercayaan ayah untuk menjaga kamu.  Cyn tak tahu ayah sakit jantung ketika ayah mendengar berita bahawa kamu sedikit lagi hendak dibaham harimau.  Ayah risau dengan puteri tunggal ayah.  Ayah taknak menunjukkan kasih sayang kepada kamu, kerana ayah takut kamu menjadi anak yang terlalu manja dan tidak kuat dalam mengharungi pelbagai dugaan.  Namun, ayah silap.  Kamu merupakan anak ayah yang kuat dan berani.  Ayah bangga dengan kamu Cyn”.

Kata-kata yang keluar dari mulut ayah telah membuatkan aku menitiskan air mata.  Ternyata selama ini ayah merupakan seorang yang menjaga aku tanpa aku sedari.  Ayah selama ini merupakan tulang belakang aku dalam mencari keberanian dan kekuatan dalam mengharungi hidup.  Ternyata ayahlah yang mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan.  Aku buta selama ini.  Buta dengan yang tersurat.  Aku tak nampak apa yang tersirat selama ini ayah sembunyikan.  Rupanya, selama ini aku terlalu cintakan kebebasan, sentiasa mengejar kebebasan tanpa aku sedari bahawa aku sedang meraih kebebasan dari ayahku.  Terima kasih raja Chanculus kerana telah mempercayai puteri tunggalmu ini.

Kini, aku telah berkahwin dengan Ray.  Raja Andrea telah membatalkan niatnya untuk mengahwinkan aku dengan Putera Andrea kerana malu akan kekalahan anaknya dalam pertandingan memanah.  Kini aku hidup bebas dan bahagia dengan pasangan pilihan aku dan keluarga yang aku ada sekarang.      
AMIERA NUR EZZATI BINTI ACHMAD FAUZEE
BC13110015

Sunday, 17 April 2016

Artikel Khasiat Buah Tembikai

Khasiat - khasiat :-



1. Buah beralkali yang tinggi
2. Boleh mengurangkan tekanan darah
3. Kurangkan risiko sakit jantung.
4. Mempunyai kandungan air yang tinggi ( 92% )
5. Mampu tingkatkan sistem imunisasi badan
6. Kuatkan tulang
7. Mampu memberi tenaga
8. Mencuci buah pinggang
9. Boleh mencegah kanser

Oleh : Nur Khadijah Binti sulai ( bc13160254 )