Monday, 2 May 2016

PUISI : Pendidik Karya


Si Pendidik Karya

Setiap pagi engkau mengajar aku berdiri

Setiap pagi engkau mengajar aku berjalan

Setiap pagi engkau mengajar aku bercakap

Setiap pagi engkau terus mengajar si bodoh ini



Tiada istilah lelah di matamu

Tiada istilah lelah di telingamu

Tiada istilah lelah di mulutmu

Tiada istilah lelah di sanubarimu



Engkau mengajak aku keluar dari kealpaan ini

Terus mencari matlamat mutlak kehidupan

Kecundang aku takut dibawa arus keselesaan

Mati membawa erti ilmu di dada



Terdidinya aku disaat ini

Kerana mu si pendidik karya

Indah mengajar tanpa putus asa

Indah memberi nasihat dan tauladan

Kerana mu si pendidik karya

Aku masih disini mencari ilmu

sehingga terputusnya Nyawa dalam badanku.


AMIERA NUR EZZATI BINTI ACHMAD FAUZEE
BC13110015

No comments:

Post a Comment