Hilangkan
Parut Jerawat
ü
Campurkan
madu dengan bedak sejuk dan sapukan rata ke muka. Amalkan sekerap mungkin.
Hilangkan
Tahi Lalat
Ada di antara kita yang tidak
berkenan dengan kedudukan tahi lalat pada anggota badan terutamanya tahi lalat
yang bersaiz besar dan timbul.
Kulit dah gebu, cantik, tapi disebabkan tahi lalat, seseorang menjadi kurang keyakinan diri.
Untuk anda yang ingin menghilangkan
tahi lalat, boleh cuba petua ini:
ü
Ambil
nanas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di kawasan tahi lalat yang
berkenaan. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkan
selalu untuk mendapatkan hasil yang segera.
Bibir
merah semulajadi
Siapa yang tidak inginkan bibir merah
semulajadi? Walaupun tidak dioles lipstik, bibir tetap tampak cantik.
Ada dua petua yang boleh
dicuba,iaitu:
- Sapukan
sedikit mentega atau marjerin pada bibir sebelum tidur. Amalkan setiap
hari.
- Ambil
3 helai daun sirih, perah air yang berwarna merah kemudian sapu pada bibir
sebelum tidur. Amalkan selalu.
Bulu
Kening Lebat
Buat anda yang ingin melebatkan bulu
kening, petua mencantikkan wajah ada caranya:
ü
Ambil
daun lidah buaya dan ramaskannya sehingga melekit. Kemudian sapukan pada kening
pada setiap malam
Menghilangkan
Lebam Hitam Pada Bibir
Untuk menghilangkan lebam hitam pada
bibir yang biasa dimiliki oleh perokok, petuanya:
ü
Tumbuk
halia sehingga lumat dan tapis untuk mendapatkan air dari halia tersebut.
Sapukan air itu ke bibir setiap malam sebelum tidur. Biarkan kering.
ü
Untuk
melembapkan bibir, anda boleh mencampurkan sedikit madu dan oleskan pada bibir
setiap malam. Amalkan selalu.
Kulit
Licin dan Mulus
üAmbil
buah tomato dan sapukan pada wajah pada waktu pagi dan malam. Selain itu, rajin-rajinlah makan buah tomato. Amalkan selalu.
Atasi
Masalah Mata Panda
‘Bagi yang memiliki ‘mata panda’ atau lebam bawah mata
sedikit sebanyak ianya akan mencacatkan kecantikan wajah kita.
Amalkan petua berikut:
ü
Sebelum
mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk. Ini dapat membantu menyegarkan mata.
Elakkan
Jerawat dan Tegangkan Kulit
Petua untuk mengelakkan kulit wajah ditumbuhi
jerawat dan untuk menegangkan kulit:
ü
Pastikan
anda mencuci muka setiap kali sebelum tidur.
ü
Sapukan
muka dengan putih telur dan biarkan sehingga kering, kemudian bilas dengan air
suam dan sapukan limau nipis dan bilas sekali lagi. Lapkan wajah dengan tuala
bersih. Amalkan setiap hari (sekali sehari)
Awet
Muda
ü
Bangun
pagi dari tidur, terus minum air masak atau air kosong sebanyak 3 gelas beserta
dengan selawat sebelum basuh muka atau gosok gigi. Amalkan selalu setiap
pagi selepas bangun daripada tidur.
Ini sahajalah petua mencantikkan
wajah yang dapat kongsikan bersama anda.
Semoga petua yang dikongsikan dapat memberikan hasil yang anda inginkan. Selamat mencuba.
NOR FATIHAH BT DAUD (BC13110125)
No comments:
Post a Comment