Sampah merupakan masalah sosial yang sering
membelenggu masyarakat pada masa kini. Masalah sampah sangat menganggu sekiranya
tidak diurus dengan baik. Bagi masyarakat
pedesaan, sampah mungkin belum menjadi masalah yang serius bagi mereka berbeza
dengan penduduk yang tinggal di kota atau di daerah yang padat dengan
penduduk. Masyarakat kota dan daerah
yang padat dengan penduduk menghasilkan banyak sampah dalam tempoh masa satu
hari. Sampah akan bertambah jika tidak
segera diangkut ke Tempat Pembuangan Akhir (TPA) sampah. Sampah yang tidak segera diangkut akan
menimbulkan bau yang tidak enak yang secara tidak langsung turut akan menjejaskan persekitaran kita . Sampah
yang bertimbunan akan menyumbang kepada pelbagai penyakit yang boleh
merebak. Misalnya ialah muntah berak,
penyakit kulit, paru-paru dan pernafasan.
Selain itu, masalah lain yang berkaitan dengan sampah ialah kebiasaan
buruk membuang sampah secara sembarangan.
Banyak tempat yang menjadi tempat pembuangan sampah secara merata-rata
misalnya sungai dan saluran air. Akibatnya,
akan terjadi banjir jika hujan lebat. Oleh
itu, semua warga masyarakat seharusnya ikut serta dalam mengelola sampah agar
masalah ini tidak akan terus berlanjutan.
NOR FATIHAH BT DAUD (BC13110125)
No comments:
Post a Comment