Makan pulut bersama kuaci,
Daun geti di balik mayang,
Walaupun mulut kata benci,
Namun hati sentiasa
sayang.
Jauh bercuti ke Kota
Marudu,
Menyelusuri hari di waktu
pagi,
Dalam hati sentiasa rindu,
Walaupun lari melangkah
pergi.
Buah nangka mudah ketemu,
Pohonnya jauh bercabang
dua,
Hati terluka kerana kamu,
Dari jauh merindui jua.
Memancing ikan di tepi
jeti,
Burung belatuk singgah di
telaga,
Cinta bukan untuk
dikhianati,
Tetapi untuk saling
menjaga.
Bermain salji dengan
Idayu,
Memakai kain pemberian
bapa,
Untuk apa dipuji jika
sudah layu,
Bila yang lain kian
menyapa.
NOR FATIHAH BT DAUD (BC13110125)
NOR FATIHAH BT DAUD (BC13110125)
No comments:
Post a Comment