Jika
diikutkan aku Cuma mahu memberi ketenangan,
Tapi
kenapa aku harus menjadi tempat dibuang-buangan,
Salahkah
aku,
Kenapa
engkau tak pernah faham,
Saat
aku pedih menanggung kedukaan.
Hidupku
tak pernah rasa diam,
Apatah
lagi untuk menenggelamkan,
Aku
cuba untuk tidak membinasakan,
Tapi
engkau sentiasa memaksa aku,
Paksa
aku untuk menhumbang segala kekerasan.
Jika
sakitnya gigian pasir dihumban,
Sakit
lagi aku yang menjadi mangsa kekotoran,
Disaat
minyak terapung di permukaan,
Telah
ku cuba mencari ruang untuk memberi pernafasan,
Agar
kehidupan dibawahku hidup penuh kegembiraan.
Jika
kau tahu indahnya aku pada ciptaan-Nya,
Pasti
kamu akan menjagaku seumpama nyawamu,
Aku
dicipta dengan penuh kepelbagaian,
Yang
mampu membuatmu tersenyum menerus kehidupan.
MUHAMMAD
ASYRAF BIN REZALI
No comments:
Post a Comment