Duit,
Zahirmu
hanya sekeping kertas,
Kertas yang
disolek dengan warna-warna,
Juga ditanda
dengan angka-angka.
Duit,
Zahirmu juga
hanyalah sekeping timah,
Timah yang berseri-seri
dengan kilauan,
Timah yang
diukir dengan nilai-nilai,
Duit,
Rupanya
engkau bertalam dua muka,
Engkau
memimpin insan ke sudut pahala,
Engkau mengiring
insan ke sudut dosa,
Duit,
Kerana
engkau sang arjuna dagangkan sang bidadari,
Kerana
engkau berlinangnya kelopak sang bidadari,
Kerana
engkau sang bidadari seperti tak bernilai lagi,
Kerana
engkau sang bidadari senang dimiliki
OLEH; MOHAMMAD FARID BIN MOHD NOR (BC13110087)
No comments:
Post a Comment