Tanggal 1 September 2013
merupakan tarikh yang begitu bermakna kepadaku.
Tanggal ini sangat bererti kepadaku kerana pada tarikh ini merupakan
hari pertama aku menjejakkan kaki di bumi Sabah dan di sini aku mula mengenal
erti hidup.
Saat ini, aku mula
terkenangkan kembali peristiwa beberapa bulan yang lalu. Peristiwa mengenai kejayaanku dapat
melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah. Aku terlalu gembira ketika itu sehinggakan
aku tidak mampu untuk menggambarkan kegembiraanku itu dengan kata-kata. Setelah mengetahui khabar tersebut, aku terus
memberitahu keluargaku. Aku merasa
sedikit terkilan dengan reaksi serta penerimaan mereka. Hal ini demikian kerana tidak ada segaris
senyuman pun yang kelihatan di wajah mereka.
Mereka keberatan untuk mengizinkan aku ke sana kerana bagi mereka tempat
itu terlalu jauh dan tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepadaku sepanjang
aku berasa di sana.
Aku bingung. Aku keliru.
Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan dan kepada siapa harus aku luahkan
perasaan ini. Aku sedih memikirkan
perkara ini. Orang tuaku serta
saudara-saudaraku tidak memberi sokongan kepadaku malah membuatkan aku berada
di dalam dilema. Dilema dalam membuat
keputusan. Aku menjadi putus asa dan
berhasrat untuk mengikut kehendak mereka namun atukku menghalang aku daripada mengambil
keputusan drastik tersebut. Dialah yang
telah memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepadaku. Dia jugalah yang telah berjaya memujuk keluargaku
untuk membenarkan aku menuntut ilmu di bumi Sabah ini.
Matlamat aku untuk ke
Sabah hanyalah satu iaitu untuk menuntut ilmu dan membahagiakan
keluargaku.Hanya itu yang bermain-main di fikiranku.Aku tidak pernah memikrkan
hal lain melainkan itu sahaja.Bulan berganti bulan,hari berganti hari.Segala
persediaan untuk ke UMS telah berjalan dengan lancar.Waktunya telah tiba
untukku berangkat ke Sabah.
Pada tarikh 1 September
merupakan hari aku meninggalkan negeri kelahiranku,Kelantan untuk ke
Sabah. Aku sedih kerana aku harus pergi
untuk jangka masa yang lama dan berpisah untuk sementara dengan keluarga serta
orang-orang yang aku kasihi.Namun aku gagahkan diriku jua untuk mencapai
impianku. Aku ditemani dua rakan dari
sekolahku ke UMS untuk turut melanjutkan pelajaran. Mereka turut mendapat tempat untuk
melanjutkan pelajaran di sana. Aku
menjadi lebih bersemangat untuk ke sana dan tidak berasa takut untuk berada kerana aku ditemani rakan yang boleh aku
harapkan.
Pada
awalnya, aku berasa sedikit kekok dengan mereka berdua namun lama-kelamaan aku
dapat membiasakan diri dengan mereka.
Mereka umpama pelindung aku yang sentiasa ada untukku ketika aku dalam
kesusahan. Kenangan ketika mula-mula
tiba di UMS masih segar dalam ingatanku sehingga kini. Aku tiba di UMS sekitar jam 5 dan segalanya
telah ditakdirkan, aku telah mendapat kolej kediaman yang sama dengan salah
seorang rakanku. Aku menjadi lega. Lega kerana aku berada dekat dengan kawanku
itu.
Pada keesokkan harinya, aku melakukan pendaftaran
bersama rakanku. Setelah selesai, aku
mengikut dua rakanku itu ke 1Borneo Shopping Mall untuk membeli barangan
keperluan kami dan turut ditemani seorang mahasiswa yang berasal dari
Sabah. Dia memberitahu sedikit sebanyak
selok belok tentang kawasan Sabah kepada
kami. Peristiwa ke 1B aku rasa sedikit
kelakar kerana kami pergi dan balik dari sana dengan berjalan kaki sedangkan
perkhidmatan bas untuk ke sana disediakan.
Sepanjang perjalananku ke sana, aku sentiasa dileteri oleh kedua rakanku
itu supaya berhati-hati ketika berjalan.
Mereka sangat menjaga aku. Aku
bersyukur kerana mempunyai rakan seperti mereka. Kadang-kadang mereka sering menyakitkan hatiku tetapi aku tidak pernah mengendahkan
apa yang keluar dari mulut mereka kerana aku tahu mereka tidak berniat untuk
menyakitkan hatiku kecuali hanya untuk bergurau sahaja. Mereka umpama saudara-saudaraku di sini.
Kini, aku mula mengharungi
liku-liku yang makin mencabar di semester dua.
Semester satu telah aku harungi dengan jayanya. Suka, duka, pahit dan manis telah aku tempuhi
pada semester lepas membuatkan aku lebih matang dalam melakukan sesuatu
perkara. Pada semester-semester akan datang, aku berazam untuk melakukan sesuatu dengan lebih
baik lagi.
NOR FATIHAH BT DAUD
BC 13110125
No comments:
Post a Comment